SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

13 November 2010

Operasi Menyelamat Pak Mat Safar.

Posted by DetGuaq7 at 9:11 PM
Pagi ini saya di maklumkan bahawa salah seorang penduduk Kampung Charok Tualang, berdekatan Charok Tok Pong telah 5 hari hilang.  Saya terus bertindak untuk menyelaras operasi dengan memaklumkan kepada polis melalui Ketua Polis Daerah Sik, Tuan Zaidong, Pengarah Hospital Sik, Dr. Puan Sarimah, Pegawai RELA Daerah yang di wakili oleh Abang Zul , Tuan, Komandan JPAM Daerah Sik, UTUS, dan Pasukan Bomba Daerah Sik.

Pengerusi-pengerusi JKKKP dari kampung-kampung berhampiran juga turut hadir untuk membantu menyediakan makan minum pasukan penyelamat dan orang kampung, serta wanita UMNO yang turut hadir bagi menenangkan isteri mangsa serta memberi sokongan moral.

Ketika di maklumkan melalui Facebook oleh saudara Eri yang ketika ini berada di Kuala Lumpur, saya terus menghubungi Ketua Polis Daerah Sik untuk memaklumkan serta beranya kan situasi semasa yang baru sahaja saya di maklumkan.  Tidak lama kemudian saya di hubungi pula oleh Kak Tijah Long , Pengerusi JKKKP Kampung yang berada di rumah mangsa, walaupun informasi tidak berapa jelas kerana isyarat yang terhad, akhirnya saya dapat juga mengetahui sedikit sebanyak situasi di sana.  Selepas menghubungi beberapa pihak untuk tujuan menyelaras operasi, ketika dalam perjalanan menuju ke Kampung Charok Talang, iaitu ketika di Pekan Jeniang, satu berita gembira telah di maklumkan sendiri oleh Tuan Pegawwai Polis Daerah Sik bahawa mangsa telahpun di jumpai dalam keadaan selamat walaupun cedera.

Dari maklumat asas, saya di maklumkan bahawa mangsa patah kaki dan telah berada di tempat yang sama selama hampir 4 hari, setelah mengalami kecederaan.  Alhamdulillah, mangsa selamat hasil dari pengalaman beliau yang berpuluh tahun 'bermain' dengan alam semulajadi Hutan Simpan Ulu Teloi.  Atas pengalaman, walaupun cedra, beliau berusaha untuk mencari tempat yang ada sumber air untuk hidup di samping memakan daun kayu yang boleh membekal tenaga sepanjang berada di tempat beliau berlindung semasa cedera.

Saya tiba di rumah mangsa pada pukul 12.00 tengahari dan menunggu perkembangan terkini sebelum meninggalkan sementara tempat berkenaan untuk ke Desa KEDA Sungai Senang yang mengadakan Gotong Royong membersihkan sekitar perkarangan Surau dan Dewan mereka.  Saya ke sana lebih kurang pukul 3.00 petang sebelum kembali ke Kampung Charok Talang pada pukul 4.30petang setelah di maklumkan bahawa mangsa sudah di angkat turun ke ssatu tapak yang boleh di dekati oleh kenderaan pacuan 4 roda.

Ketika jam menghampiri pukul 6.00petang, akhirnya mangsa tiba ke rumah di mana ambulan HDS telah sedia menunggu untuk membawa beliau ke Hospital.  Dalam masa yang singkat mangsa di alihkan ke dalam ambulan dan tidak sampai 5 minit ambulan terus bergerak meninggalkan Kampung Carok Tok Pong.












































































1 comments on "Operasi Menyelamat Pak Mat Safar."

Pakteh on November 13, 2010 at 9:20 PM said...

Syukur Alhamdulullah.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez