SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

29 October 2010

Kunjungan Kasih ke Kampung Charok Kit

Posted by DetGuaq5 at 11:22 PM 0 comments
Selepas Maghrib saya mengunjungi sebuah rumah di Kampung Charok Kit untuk bertemu seorang pejuang kemerdekaan dan aktivis parti UMNO yang kini sedang terlantar keuzuran dek kerana umurnya yang telah lanjut.

Ayahnda Haji Bakar Mohd Amin yang kini berumur 77 tahun hanya terlantar di atas katil ketika saya tiba.  Namun Alhamdulillah dia masih boleh bercakap untuk menceritakan mengenai kenangan silam serta sejarah perjuangan lampau.  Mungkin dia tidak mengenali saya, tetapi bagi saya yang penting dia masih mengenali serta menyayangi bangsa dan tanah air tercinta ini.








Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Charok Kit, Pengerusi JKKKP Kampung Charok Kit, Encik Ismail Abdul serta beberapa orang lama kampung Charok Kit.

Mesyuarat Pengurusan UMNO Bahagian Sik

Posted by DetGuaq5 at 6:31 PM 0 comments
29/10/2010
5.30ptg

Mesyuarat pengurusan bulanan di adakan pada petang ini untuk bebincang perkara-perkara berbangkit samada yang belum di laksanakan mahupun yang sedang di laksanakan juga yang akan di laskanakan serta perancangan-perancangan baru.  Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dr Mansor Abd Rahman, Tuan Setiausaha, Hj, Mohd Noor, Bendahari, Tuan Haji Husaini Lebai Ahmad, Ketiua Penerangan Tuan Haji Bakri Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sik Hajah Mariam Salleh, Ketua Puteri UMNO Bahagian Sik, Puan Norashimah Md Nowar, Encik Shahizan Harun dan Tn Haji Nasir Romli (AJK) dan setiausaha kerja Cik Julia.















Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik tidak dapat hadir kerana menjalankan tugas parti di PRK Galas.  Turut bersama beliau adalah beberapa ahli Pemuda UMNO Bahagian Sik.

28 October 2010

Klinik Rakyat(28/10/2010)

Posted by DetGuaq6 at 8:52 PM 0 comments

Klinik rakyat hari ini telah saya buka pada lewat petang di sebabkan terpaksa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.  Saya ingin memohon maaf kepada mereka yang datang menunggu sejak pukul 2 petang tadi kerana tidak dapat pulang lebih awal.  Di harap mereka tidak serik untuk datang lagi pada minggu hadapan untuk berurusan dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di pejabat ADUN atau boleh juga berjumpa terus dengan saya tidak semstinya di pejabat, malah boleh juga di mana saja jika terserempak dengan saya ketika berada di kawasan saya.


Namun walaupun klinik rakyat saya di buka agak lewat, saya tetap dapat melayan beberapa orang yang kembali ke pejabat setelah menghubungi saya petang tadi.











Melawat Pak Lang Ki di HSBAS

Posted by DetGuaq6 at 8:30 PM 0 comments
Selepas perjumpaan dengan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan, saya ke Hospital Sultanah Bahyah Alor Setar kerana membawa isteri saya yang kurang sihat untuk berjumpa doktor yang telahpun menetapkan tarikh pertemuan dengan isteri saya hari ini.  Kesempatan ini saya gunakan untuk berjumpa dengan Pak Lang Ki yang baru sahaja di potong kakinya akibat komplikasi bersebabkan diabetis.









Majlis Santai Pertemuan dengan Pegawai-pegawai Penerangan Negeri Kedah

Posted by DetGuaq6 at 8:10 PM 0 comments
 Pagi tadi, saya sempat mengadakan pertemuan secara informal dengan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang berkumpul di Sik kerana satu aktiviti sosial berbentuk kekeluargaan selama beberapa hari dan hari ini adalah hari terakhir mereka.










Terima kasih CELCOM.  Ketika kami sedang berbual-bual, saya telah memaklumkan bahawa mulai kelmarin sekitar lingkungan 3km(radius) dari Pekan Sik sudah boleh menikmati gelombang 3G yang membolehkan kita melayari internet secara tanpa wayar, lalu salah seorang pegawai Penerangan, Puan Wana mencuba kemudahan tersebut, dan alhamdulillahirobbil alamin, internet sudah boleh di layari dengan memuaskan!





























 Kini Sik sudah setanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia
kerana internet sudah boleh di gapai walaupun ketika berada di halaman.

 Bersama bekas Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Sik yang cukup
berdedikasi, tetapi kini telah berpindah ke daerah Kulim/Bandar Bharu
dengan tugas yang sama.

Saya sempat berjumpa mereka untuk berkenal-kenalan dan untuk menyampaikan ucapan terima kasih di atas kerja serta tugas penting mereka sebagai penyampai paling hadapan setiap dasar kerajaan kepada rakyat secara tepat.

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez