SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

27 October 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SIK

Posted by onesik at 1:53 AM 0 comments
Pada sebelah petang itu juga telah diadakan satu mesyuarat resmi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian SIK yang dipengerusikan sendiri oleh saya.  Turut hadir ialah Timbalan Ketua bahagian, dan juga Naib Ketua bahagian serta seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian.



SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 2

Posted by onesik at 1:21 AM 0 comments
Pada tarikh 26/10/2009, saya telah berkesempatan bertemu dengan ahli-ahli dari Yayasan Tunku Abdul Rahman, dipengerusikan oleh Tan Sri Dato Panglima Abdul  Rashid  Abdul  Rahman. Yayasan ini mengusahakan tanaman getah bersamaRisda diKota Aur sebagai pendapatan sampingan dimana sebahagaian daripada pendapatan dari hasil getah akan disumbangkan sebagai dana kebajikan.




26 October 2009

SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 1

Posted by onesik at 1:35 PM 0 comments

Ketika bertemu rakyat diBatu 5, Sik ketika melawat seorang
kenalan yang mesra dengan panggilan Man Forest, bekas
kakitangan jabatan hutan yang baru kehilangan seorang ibu.

JEMPUTAN KEMAJLIS PERKAHWINAN

Posted by onesik at 11:04 AM 0 comments
Sebaik selesai mesyuarat perhubungan dipejabat UMNO Negeri saya terus berkunjung kerumah yang dimaksudkan yang terletak diKampung Beris Jaya.


 Selamat Pengantin Baru

24 October 2009

MESYUARAT PENGERUSI UNIT PENYELARASAN BAHAGIAN-BAHAGIAN

Posted by onesik at 4:04 PM 0 comments
Pagi ini saya telah mempengerusikan satu mesyuarat peringkat Negeri Kedah berkaitan dengan Daftar Pemilih di Pejabat UMNO Negeri Kedah, diAlor Setar.  Mesyuarat berakhir pada pukul 12.30 tengahari setelah dimulakan pada pukul 10.30 pagi.




MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SIK

Posted by onesik at 3:45 PM 0 comments
Pada sebelah petang, 23/10/2009, saya telah mempengerusikan mesyuarat khas mingguan dengan AJK Bahagian UMNO Sik bagi mendengar isu-isu berbangkit yang terkini




MENZIARAHI WARGA EMAS YANG UZUR

Posted by onesik at 3:10 PM 0 comments
Selesai Mesyuarat UMNO Bahagian Sik, saya bergegas untuk melawat seorang warga emas yang uzur





PROTES RAKYAT KAMPUNG LAHAR, SIK.

Posted by onesik at 1:43 PM 0 comments
Pagi-pagi lagi saya berkejar kekampung Lahar, Jeniang kerana diberitahu ada kejadian tanah runtuh.  Sampai ke rumah Ketua Cawangan, yang juga JKKP disitu, saya terus dibawa ketempat berkenaan.  Walaupun keadaan agak mencabar kerana tebingnya yang curam dan tidak stabil, saya dan rakyat sekitar yang ada menunggu ssaya disutu sampai ketempat yang dimaksudkan bersama-sama tuan tanah yang mengadu.

MAJLIS MERAIKAN JEMAAH HAJI YANG BAKAL BERANGKAT KEMEKAH DISIK (KUMPULAN KE2)

Posted by onesik at 1:33 PM 0 comments


MENYIASAT ADUAN RAKYAT TERHADAP LALUAN SIK-GURUN

Posted by onesik at 12:42 PM 0 comments
Selepas menemui rakyat dan meladeni rungutan dan aduan diKampung Lahar, seperti dijanjitemukan pihak JKR Kuala Muda/Sik bahagian jalan telah datang bertemu kami  hujung Jambatan diPekan Jeniang untuk bersama-sama saya bagi menyiasat temapt-tempat tertentu disepanjang laluan di antara Pekan Jeniang sehinggalah kePekan Sik yang berkahir dihadapan Padang Awam, Sik.

PROGRAM APLIKASI TEKNOLOGI ZON UTARA

Posted by onesik at 12:39 PM 0 comments
Pada tarikh 23/10/2009 yang lalu, saya telah diberi kesempatan untuk hadir dalam program aplikasi teknologi yanh berkaitan langsung dengan pertanian, perladangan dan perikanan pelbagai skala diPerlis.  Turut hadir ialah beberapa ADUN dari Kedah dan Perlis.







TAKLIMAT MESYUARAT MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN SIK

Posted by onesik at 12:04 PM 0 comments
Pada 22/10/2009 yang lepas saya telah menghadiri satu taklimat penting dan berfaedah untuk rakyat Sik yang rata-rata terdiri dari peladang dan pekebun.  Taklimat ini bagi menerangkan teknologi-teknologi terkini dan canggih yang lebih mesra pengguna dan teknik-teknik penggunaan mesin yang lebih efektif




LAWATAN KERJA PRA-MAJLIS LOY KRATHONG

Posted by Detguaq at 10:50 AM 0 comments
21/10/2009

Saya tiba keWat Siam Kampung Begia pada pukul 3.45petang. Telah menunggu disana Senator Dato' Siw Chun Eam, Budhi yang juga AJK Bahagian Sik dan beberapa ahli jawatankuasa Sambutan Perayaan Loy Krathong peringkat Negeri Kedah. Beberapa perkara tertangguh telah dapat saya kendalikan dengan segera seperti penyediaan khemah-khemah yang saya uruskan dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, dimana Pengarah JKR negeri telah membenarkan saya untuk berurusan dengan terus dengan Jururtera JKR Kuala Muda/Sik, En. Fadhil Mohd Dashah. Kemudiannya timbul pula isu permit polis dimana saya terus menghubungi Ketua Polis Daerah Sik, DSP Zaidong Mustaffa yang secara lisan menerangkan tiada masaalah untuk mengeluarkan permit sekiranya permohonan bertulis diserahkan kepada pihak polis daerah Sik dan juga saya juga telah berurusan dengan Pegawai Daerah Sik untuk memohon tambahan khemah dan juga dekorasi lanskap semasa hari perasmian kelak.

Saya dimaklumkan oleh Senator Dato', bahawa beliau telah menjemput Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia untuk merasmikan majlis berkenaan pada 6hb November 2009 nanti.








KASIH IBU SEPANJANG HAYAT, KASIH BAPA TIADA GANTI

Posted by Detguaq at 2:05 AM 0 comments
Walau dalam kesibukan saya mengejar masa, namun lambaian hati sang Ibu dan laungan nurani sang Ayah menyebabkan diri saya resah merindui untuk menemui mereka tatkala ada ruang untuk saya singgah keteratak dimana saya dibesarkan.

Kalau dikutkan mahu sahaja saya berdamping selalu dengan mereka berdua yang telah membesarkan saya dengan segala susah payah beserta kudrat tulang empat kerat. Ayah dan emak saya adalah antara peneroka awal dikamnpung tempat tinggal saya. Kini bila usia memanjat masa, hanya satu yang saya pohon dari Allah, agar kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.


Mesra seorang ibu menguatkan semangat
anakmu








20 October 2009

KENANGAN KETIKA KEMBALI KEBANGKU SEKOLAH

Posted by Detguaq at 11:48 PM 0 comments
Saranan Pemimpin UMNO Pusat agar Ketua-ketua Bahagian, Timbalan-timbalan dan naib-naib mereka kembali belajar asas-asas politik telah mendapat sambutan positif dari kesemua mereka. Dan Janda Baik adalah tadika yang terbaik untuk memuhasabah diri....




Sedang mendaftarkan diri

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

Posted by onesik at 1:41 AM 0 comments
Pada hari Rabu yang lalu, saya sempat memenuhi beberapa program yang antaranya ialah jemputan keMajlis Rumah Terbuka beberapa agensi termasuklah Pejabat/Majlis Daerah Sik.  Sementara itu disebelah petangnya pula saya sempat menemui seramai 15 borang mangsa ribut, 2 orang pesakit kronik dan seorang warga emas yang layak mendapat bantuan segera JKM untuk menyelaraskan bantuan oleh JKM.



SEBELUM MENGHADIRI MAJLIS BANTUAN
KEPADA MANGSA RIBUT, SAYA SEMPAT
MEMENUHI JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
OLEH PEJABAT DAERAH/MAJLIS
DAERAH SIK


Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez