SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

29 November 2010

Kenduri Rumah Abg Mi, Pekan Sik

Posted by DetGuaq7 at 6:02 AM 0 comments

Setelah di panggil bermesyuarat di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang minggu saya balik kekawasan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh.  Saya mohon maaf kepada rakyat Sik dan dari luar yang mengunjungi Klinik Rakyat pada Khamis yang lalu tetapi tidak dapat saya bertemu dengan mereka di Pejabat ADUN.  Ini kerana seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya berada di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga atas urusan sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

Cuti hujung minggu di sana membolehkan saya pulang sebentar untuk menjenguk sebelum sekali lagi terpaksa bergegas kembali ke Kuala Lumpur atas arahan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang mengadakan satu lagi mesyuarat khas dengan UMNO Pusat pada Ahad, malam dan sekali lagi pada Isnin pagi.  Kerana kesuntukan masa pada kali ini saya hanya berkesempatan untuk hadir tiga kenduri pada hari Sabtu dan satu pada hari Ahad.  Sekali lagi saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, rakyat Sik dan ahli keluarga yang menjemput saya ke majlis perkahwinan yang mereka anjurkan.





















Ketika tiba di rumah Abang Mi, Pengerusi JKKKP Pekan Sik, cuaca cerah dan tetamu-tetamu masih ramai.  Saya bertemu dahulu dengan beberapa orang tetamu yang berada di khemah menunggu dan khemah makan sebelum menjamah nasi minyak yang di sediakan tuan rumah yabng telah melangsungkan perkahwinan anaknya.







Ketika sedang menjamah, hujan turun dengan amat lebat sehinggakan pandangan menjadi cukup terhad dan saya ter'perangkap' di situ agak lama.  Tetapi kerana ada beberapa orang rakan-rakan lagi yang turut tidak dapat meninggalkan majlis kami berbual-bual mengenai beberapa perkara berkaitan dengan Sik dan rakyatnya.  Jika pada awalnya saya merancang untuk singgah kebeberapa buah rumah lagi untuk menghadiri majlis perkahwinan yang mereka jemput, akhirnya terpaksa saya batalkan kerana perlu ke Kuala Lumpur dengan segera.

Ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur  Sik telah dinaiki air bah lagi di beberapa tempat.  Saya sempat berbincang dengan Ketua Polis Daerah Sik, Komandan JPAM Daerah Sik, AJK UMNO Bahagian Sik serta JKKKP kampung-kampung yang terlibat melalui telefon untuk menyelaraskan bentuk bantuan, samaada bantuan kecemasan utk berpindah jika perlu dan juga sumbangan makanan untuk mereka yang terperangkap di kampung masing-masing.  Saya ingin menasihatkan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan banjir ini sekali lagi supaya membuat lapuran polis di atas kerosakan harta benda mereka dan kemudiannya mendaftar me;a;aui JKKKP atau Pejabat DUN atau Pejabat UMNO atau Penyelaras DUN.  Sebanyak 60buah rumah di fahamkan telah terlibat dengan banjir pada kali ini sehingga berita ini di siarkan.

Kenduri-kendara pada 26/11/2010

Posted by DetGuaq7 at 3:09 AM 0 comments




Kenduri di Rumah Sarjan Abas, IPD Kuala Muda







 Kenduri di rumah Pak Chaq Hashim di kampung Tua.


















Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez